Salam semua...
dah lama tak update ceta baru kan.sekarang nie tengah 'gila' buat tiramisu...cuba ambil resepi dari pelbagai laman blog yang ada...and the end ini yang suka...sebab lebih mudah dan lagi memudahkan...hahahaha
Resepi Tiramisu
bahan A
1 kotak fresh cream
1/2 cawan gula castor
cream cheese (ikut suka la banyak mana pun,saya suka banyak cheese..)
semua bahan nie dicampurkan dan dipukul dengan kelajuan sederhana sampai kembang dan gebu sangat...
bahan B
1 sudu besar neskefe
1 cawan air suam
digaul rata
bahan C
ladyfingers (dijual di bakery shop)
@kek span (apa2 jenis pun boleh)
...banyaknya bergantung pada kesukaan dan kesesuaian...
tapi saya lebih suka buat sendiri ladyfingers nie, senang je pun...
cara nak buat ladyfingers ada di web site nie...
http://www.joyofbaking.com/Ladyfingers.html
http://www.youtube.com/watch?v=wkP_-_VU44k
bahan D
serbuk koko
cara membuatnya:
1.susunkan ladyfinger @ kek span dalam bekas yang disukai.
2.siramkan bahan B pada lapisan ladyfinger@ kek span tadi.
3.masukkan bahan A
4.taburkan serbuk koko.
ulangi proses ini sehingga selesai.tapi pastikan bahagian paling atas mestilah serbuk koko tu..
simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 5 jam untuk kesan yang lebih baik.sedap dimakan semasa sejuk...
tadaaa....dh siap...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan