Khamis, 14 Jun 2012

spoon chocholate


aneka corak dilakarkan dengan sweet sugar



untuk kenduri aqiqah anak IE 10 Jun 2012


Rm 1.20/pcs



JAMBANGAN BUNGA COKLAT





Jambangan bunga nie untuk majlis pertunangan anak kak miah pada 9 Jun 2012.Tahniah!





cantik tak?


roses kecil berperisakan stawberi

ini pulak untuk bunga tangan

baru belajar....




TEMPAHAN DAN BAYARAN

Sebarang tempahan boleh dibuat secara online / sms/ secara terus kepada saya melalui:

  1.  email- haila_zuhaila@yahoo.com.my
  2.  sms sahaja - 017-3708121



  1. Nyatakan jenis,  kuantiti  dan masa penggunaan.
  2. Dapatkan Pengesahan Harga.
  3. Lakukan pembayaran di no akaun yang tertera.  
  4. E-mailkan bukti pembayaran / sms nombor transaksi pembayaran untuk rujukan.
  5. Penghantaran melalui pos/ambil sendiri (yang mana dipersetujui).


  • Semua tempahan hendaklah dipesan sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal daripada tarikh penggunaan.
  • Barangan  hanya akan diberikan setelah pembayaran dilakukan.
  • Bagi pembelian untuk pengambilan sendiri, bayaran separuh daripada  jumlah harga tempahan diperlukan dan diselesaikan semasa tempahan diambil.



Cara Bayaran :

  1. MAYBANK  -162030663242  -SITI ZUHAILA BINTI MOHD JOHARI
  2. BANK ISLAM - 12083020083391-SITI ZUHAILA BINTI MOHD JOHARI

Cara penghantaran:

1) Ambil sendiri
2) Kiriman Pos

  • bayaran perbelanjaan pos adalah dibawah tanggungan pembeli.
  • bagi setiap 1 kg pertama RM7.00 dikenakan dan tambahan RM2.00 bagi setiap kg.
  • Setiap penghantaran mengambil masa 1-3 hari (bergantung pada lokasi penghantaran)

Rabu, 25 April 2012

LOLICHOC

LOLICHOC

RM1.50
ROS LOLYCHOC
RM2.00/PCS
Boleh diwarnakan mengikut pilihan

RM2.00/pcs
Boleh diwarnakan mengikut pilihan


RM2.00/pcs
Boleh diwarnakan mengikut pilihan




RM2.00/pcs


RM2.00/pcs
Boleh diwarnakan mengikut pilihan



100pcs white lolichoc untuk kenduri sr.omi







lolichoc untuk kenduri sr.omi 100pcs




untuk kenduri aqiqah anakk  IE pada 10 Jun 2012

untuk kenduri aqiqah anak IE pada 10 Jun 2012






Rabu, 18 April 2012

coklat handmade


loose coklat

RM1.60




box love RM15.00
sebiji loose coklat 80sen


coconut truffles

COCONUT TRUFFLE


Berintikan kismis atau badam...
mana-mana yang anda suka
sangat sedap
rasalah......





sekali imbas nampak macam biskut makmur 
kan ! kan!
tapi sebenarnya diperbuat daripada kelapa

untuk penggemar-penggemar truffles...
jangan ketinggalan...
cubalah....


Harga Jualan:

Berintikan kismis..........50 biji= RM22
Berintikan Badam.........50 biji=RM30

suka-suka coklat

COKLAT MANIA......


Mula- mula gila main game cholate kat komputer....lama-lama terus sukakan coklat. Bukan maksud sebelum ni x sukakan coklat, suka juga tapi sikit-sikit. Lepas beberapa lama, rupanya best coklat nie.....selain bagi relax , dia bagi kita tak stress....lagipun anak-anak pun suka.

ni gambar coklat yang dibuat untuk ke2 kalinya....yang pertama...jangan tanya ...dah selamat dimakan anak-anak....



seronoknya bila dah jadi ...x serupa orang buat pun x pe, yang penting anak-anak suka.....

kurma coklat

KuRMa CoKlaT
Kurma Coklat......
Antara yang paling saya gemari...
Kurma yang bermutu, berisikan coklat putih dan bersalut coklat...
Semestinya coklatnya adalah coklat yang bermutu juga...
Sangat sedap!!Cubalah......



















RM10.00/100mg


keluaran terbaru......

"CHOCOLATE DATE WITH ALMOND"
Gambarnya belum diuploadkan lagi....
tak berkesempatan sebab dicemburui oleh masa sangat-sangat!




Ahad, 25 Mac 2012

coklat homemade

  Coklat homemade.....

Selain daripada perasaan berpuashati dengan hasil kerja sendiri, membolehkan kita meluangkan masa untuk diri sendiri, untuk bersama dengan anak-anak serta boleh juga menambahkan pendapatan......
coklat juga ada fungsinya..... teruskan pembacaan.....

Tahukah anda apa yang terkandung dalam coklat...

Coklat dengan kandungan kakao atau koko (biji coklat) yang lebih dari 70% memiliki manfaat untuk kesihatan, kerana coklat kaya dengan kandungan antioksidan iaitu fenol dan flavonoid. Dengan adanya antioksidan, ia mampu untuk membunuh radikal bebas dalam tubuh. Banyaknya kandungan antioksidan di dalam coklat adalah 3 kali lebih tinggi daripada teh hijau, minuman yang selama ini sering dianggap sebagai sumber antioksidan (itu kita ramai yang sudah tahu kan.....
Dengan adanya antioksidan, ianya menjadikan coklat sebagai salah satu minuman kesihatan. Fenol (kandungan dalam coklat), sebagai antioksidan mampu mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dapat membantu mengurangkan risiko terkena serangan jantung yang seterusnya secara tidak lansung mampu mencegah wujudnya risiko kanser dalam tubuh, mencegah terjadinya stroke dan darah tinggi. Selain itu kandungan lemak pada coklat yang berkualiti tinggi terbukti ianya bebas kolesterol dan tidak menyumbat pembuluh darah.
coklat putih
Coklat juga mengandung beberapa vitamin yang berguna bagi tubuh seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin C, vitamin D, dan vitamin E. Selain itu, coklat juga mengandung zat mahu pun nutrisi yang penting untuk tubuh seperti zat besi, kalium dan kalsium. koko sendiri merupakan sumber magnesium semulajadi tertinggi. Jika seseorang kekurangan magnesium, masalah-masalah seperti hipertensi, penyakit jantung, diabetes, sakit persendian dan masalah bulanan wanita iaitu pra menstruasi (PMS) mudah berlaku. Dengan memakan coklat ia mampu menambah kandungan magnesium dalam pengambilan nutrien harian yang menyebabkan meningkatnya kadar progesteron pada wanita. Perkara ini dapat mengurangkan kesan negatif daripada PMS (Itu sebab kalau wanita dah dekat-dekat nak datang bulan, bila makan / minum makanan/ minuman berasaskan coklat, tak le macam 'berangin' semacam......hehehehe...dia bagi kita relax dan bertenang.....)


Coklat untuk kecantikan


Manfaat lain dari coklat adalah untuk kecantikan, kerana antioksidan dan katekin yang ada di dalamnya dapat mencegah penuaan awal, maka tidak hairan sekarang wujudnya skrub badan berasaskan coklat bertujuan untuk menjaga kecantikan kulit.


Jenis Coklat Paling Sihat


Banyak jenis coklat yang terdapat di pasaran. Ada yang harganya mahal, ada pula yang harganya murah. Apakah perbezaannya? Berikut ini perbandingan jenis coklat dan manfaat masing-masing.


Dark Chocolate/Plain Chocolate/Black Chocolate (Coklat Asli)


Dark Chocolate memiliki kandungan biji coklat (kakao) yang paling tinggi iaitu sekurang-kurangnya 70% mengandungi kakao. Dark chocolate memiliki kandungan kakao atau biji cokelat terbanyak, tanpa banyak gula dan tanpa lemak tepu atau minyak sayur terhidrogenasi (HVO).


White Chocolate (Coklat Putih)


White chocolate atau coklat putih mengandungi 20% kandungan cocoa butter atau lemak sayuran tanpa sebarang koko asli, sisanya adalah gula, susu dan vanila. Kandungan gula inilah yang dapat memberikan kesan negatif, seperti kerosakan gigi dan penyakit diabetes.


Milk Chocolate (Coklat Susu)


Milk chocolate atau coklat susu merupakan campuran kakao dengan susu dan ditambah gula. Kandungan koko ialah hanya 20%-25%. Coklat jenis ini juga sangat digemari kerana rasanya yang enak dan lazat.


AWAS!!!!!!Jangan Makan Coklat Sembarangan....

kenapa pulak??????                               (boleh pulak tanya kenapa???)

                                Kesilapan yang sering dilakukan ialah membeli coklat yang berharga murah, (memang kita macam tuu pun). Biasanya coklat sedemikian memiliki kandungan koko (biji coklat) yang sedikit iaitu rata-rata kurang daripada 20%, bahkan ada yang kurang dari 7%. Coklat jenis ini juga memiliki kandungan gula yang tinggi, kandungan lemak tepu tinggi dan juga kadang-kadang mengandungi kandungan minyak sayur terhidrogenasi yang tinggi (HVO) sehingga mengakibatkan kerosakan gigi dan gangguan kesihatan seperti penyakit diabetes......(rata-rata kita tahu masalah ini kan)


Produk coklat lainnya yang juga berbahaya dan buruk untuk kesihatan khususnya yang berupa�fondant (biasanya digunakan untuk mendekorasi kuih) dan�pralineFondant sebenarnya mengandung 100% pemanis dan praline juga sama kesan negatifnya.


Sebaik mungkin pilihlah coklat dengan kandungan gula yang sedikit agar anda dapat menikmati manfaat besar yang dimiliki coklat. Manfaat coklat sebenarnya terletak pada jenis coklat yang mempunyai kandungan koko yang tinggi. Jangan lupa, jaga kesihatan anda. Pastikan anda tahu coklat mana yang harus dipilih!





HAAA......MACAMMANA?    DAH TAU....BAGUS!    BAGUS!




Teruskan tinjauan anda yea...